Gangguan seksual adalah tingkah laku seksual yang tidak diingini dimana ia boleh ditujukan kepada wanita dan lelaki. Tidak mengambil kira jantina mangsa gangguan seksual, gangguan seksual adalah perkara yang serius dan tidak akan ditoleransikan oleh UM. Tingkah laku seksual ini dapat ditujukan kepada mangsa secara lisan, menggunakan bahasa badan, gerak isyarat dan pergerakan fizikal,yang mungkin berlaku secara berulang-ulang, yang membawa kesan negatif kepada mental mahupun fizikal mangsa.
Gangguan seksual boleh dikategorikan kepada:
- Ugutan Seksual
Ini berlaku di dalam satu situasi di mana seseorang menyalahgunakan kuasanya untuk mendapatkan layanan berunsurkan seksual. Ini dapat dilihat dalam situasi yang melibatkan pelajar yang terdesak untuk melakukan aktiviti seksual demi mendapatkan keputusan yang lebih baik. Kategori gangguan seksual ini boleh memberi kesan yang serius seperti kemampuan seorang pelajar untuk menyambung pengajiannya.
- Pengacauan Seksual
Ini berlaku apabila seseorang menzahirkan perilaku seksual yang tidak diundang, kurang ajar dan menakutkan terhadap mangsa. Situasi ini dapat dilihat apabila mangsa dijemput ke temu janji berkali-kali, apabila mangsa diikut atau diintai dan apabila mangsa disindir atau lebih dikenali sebagai "catcall". Kategori gangguan seksual ini tidak memberi kesan kepada mangsa dari segi penangguhan pengajian, namun mungkin mewujudkan persekitaran yang tidak selesa, seterusnya mengganggu mangsa untuk menyelesaikan tugas-tugas mereka.
Bentuk-bentuk gangguan seksual
Terdapat pelbagai bentuk gangguan seksual, namun begitu, apa yang penting adalah perbuatan terbabit haruslah merupakan tingkah laku yang tidak diingini. Gangguan seksual mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada tindakan-tindakan yang berikut:
LISAN
- Memberi komen tentang bentuk badan, fizikal atau pakaian seseorang secara seksual.
- Meminta atau mencadangkan kegiatan seksual
- Mengejek dalam konteks seksual atau bersiul siul untuk mendapatkan perhatian seseorang
- Membuat jenaka berunsurkan perkara lucah seperti jenaka rogol dan sebagainya
- Memaksa atau tidak berhenti mengajak seseorang untuk keluar berdua-duaan walaupun telah ditolak beberapa kali
- Membuat ancaman kepada seseorang bagi mendapatkan layanan seksual
Bukan lisan
- Merenung anggota fizikal seperti paha, payudara atau punggung seseorang
- Mengekori seseorang
- Membuat isyarat dalam konteks seksual dengan mata seperti mengenyitkan mata, atau menggunakan tangan dan melalui gerakan badan
- Membuat ekspresi wajah sebagai contoh mengenyitkan mata, menjilat dan menggigit bibir, dan memberikan ciuman dari jarak jauh yang tidak bersentuhan dengan mana mana anggota badan
- Memandang seseorang dari atas ke bawah
visual
- Memberi surat, teks atau panggilan video yang tidak diingini, atau bahan bahan berunsurkan perkara perkara lucah
- Menunjukkan alat sulit kepada seseorang
fizikal
- Sengaja menyentuh tubuh seseorang tanpa izin atau persetujuan seseorang itu
- Meletakkan seseorang dalam posisi yang tidak selesa atau terlalu dekat antara satu sama lain, atau bersandar kepada seseorang tanpa persetujuannya
- Membelai atau bermain dengan kepala atau rambut seseorang, memeluk atau mencium seseorang yang menimbulkan rasa tidak selesa
- Memberi urutan yang tidak diingini di bahagian leher atau bahu seseorang
psikologi
- Memberi seseorang jemputan sosial yang tidak diingini secara berulang-ulang menyebabkan seseorang itu merasa terpaksa untuk menerima jemputan tersebut
- Mencadangkan atau merayu seseorang secara berterusan untuk membuat temu janji atau aktiviti-aktiviti berunsurkan seksual
- Gangguan berunsur seksual yang menghasilkan ketakutan mental
Serangan Seksual
Serangan seksual merupakan salah laku seksual dibawah undang-undang jenayah. Antara perbuatan serangan seksual adalah seperti mengugut atau mencuba untuk menyentuh bahagian sulit seseorang, cubaan untuk merogol atau merogol seseorang dan menanggalkan pakaian seseorang tanpa sebab yang munasabah. Terdapat pelbagai bentuk serangan seksual dan tidak terhad kepada yang dinyatakan di atas sahaja.
Polisi UM
- Gangguan seksual adalah salah laku yang tidak akan ditoleransi di UM sama ada dalam kalangan pelajar, antara staf dan pelajar atau di antara mana-mana anggota universiti.
- UM berdedikasi untuk menyediakan persekitaran selamat dan kondusif yang bebas daripada gangguan seksual untuk pembelajaran dan pertumbuhan semua pelajar UM. Memastikan semua anggota UM berada dalam zon bebas gangguan seksual adalah tanggungjawab semua warga UM.
- Gangguan seksual merupakan satu perlakuan salah laku yang dipandang serius dan boleh dikenakan tindakan sewajarnya.
- Semua Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj) dikehendaki mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk meningkatkan kefahaman mengenai gangguan seksual melalui program kesedaran dan pendidikan yang diadakan.
- Aduan gangguan seksual akan ditangani secara sulit dan rahsia. Sebarang bentuk tindakan yang tidak sewajarnya terhadap warga UM yang menggunakan hak-haknya untuk membuat pengaduan adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan.
Apakah yang boleh anda lakukan jika anda telah melalui gangguan seksual?
- Jika anda merasai bahawa anda telah diganggu secara seksual, janganlah sesekali melarikan diri daripada insiden tersebut dan janganlah sesekali merasa bersalah. Mangsa gangguan seksual biasanya memilih untuk berdiam diri apabila telah diganggu secara seksual kerana khuatir akan pembalasan dendam daripada si pengganggu. Masalah ini akan terus berleluasa jika tindakan tidak diambil secepat mungkin.
- Berhadapan dengan si pengganggu. Mangsa haruslah memberitahu si pengganggu untuk segera berhenti segala kelakuan yang tidak senonoh terhadapnya. Mangsa haruslah menguatkan diri untuk bersuara supaya si pengganggu akan berhenti melakukan kelakuan yang tidak senonoh terhadapnya. Mangsa haruslah memberitahu secara jelas dan spesifik tentang kelakuan yang membuatnya tidak selesa.
- Dapatkan sokongan dan berkongsi pengalaman gangguan seksual kepada rakan terdekat ataupun sesiapa yang anda percaya supaya anda tidak melalui pengalaman ini berseorangan.
Perkara yang anda perlu mengambil perhatian sebelum/semasa/selepas insiden gangguan seksual:
1. Tarikh gangguan seksual
2. Masa gangguan seksual
3. Lokasi mana anda diganggu
5. Tingkah laku si pengganggu
7. Memberitahu rakan yang dipercayai, ahli keluarga ataupun pensyarah tentang segala yang berlaku. Mereka boleh menjadi penyokong anda kalau anda memerlukannya.
8. Simpan segala dokumen yang relevan di tempat yang selamat dan pastikan anda mempunyai salinan yang kedua untuk dokumen-dokumen tersebut.
2. Masa gangguan seksual
3. Lokasi mana anda diganggu
- Tempat yang fizikal
- Secara atas talian
5. Tingkah laku si pengganggu
- Apakah yang sebenarnya terjadi semasa insiden tersebut, apakah yang telah dilakukan oleh si pegganggu terhadap anda
- Adakah insiden ini berulang? Jika berulang, berapa kali dan sejak bila pengganggu telah mula mengganggu anda?
- Terdapat mangsa lain selain daripada anda yang telah diganggu oleh si pengganggu?
- Terdapat seorang saksi selain anda yang telah melihat insiden tersebut?
7. Memberitahu rakan yang dipercayai, ahli keluarga ataupun pensyarah tentang segala yang berlaku. Mereka boleh menjadi penyokong anda kalau anda memerlukannya.
8. Simpan segala dokumen yang relevan di tempat yang selamat dan pastikan anda mempunyai salinan yang kedua untuk dokumen-dokumen tersebut.
Apakah cara untuk membuat laporan gangguan seksual?
Saluran Dalaman
Saluran Dalaman yang lain
Pelajar boleh mendapatkan bantuan dan informasi tentang gangguan seksual melalui saluran yang dibawah:
Akademik/ Institusi/ Fakulti
Pentadbiran
Kolej Kediaman
Dikarang oleh: Deanna F. Eizlyn binti Khairul Herman & Farhan Hadeed bin Johan Shamsuddin