UNIVERSITY OF MALAYA STUDENTS' UNION | KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA
  • ABOUT
    • ORGANISATIONAL STRUCTURE
    • HISTORY
    • PORTFOLIO
    • FACULTY REPRESENTATIVES
    • UMSU CONSTITUTION
    • REPORT CARD >
      • ANNUAL FINANCIAL REPORT
      • SOCIAL MEDIA POLICY
    • PROPOSAL ARCHIVE
    • Contact Us
  • NEWS
    • OFFICIAL STATEMENT
    • ANNOUNCEMENT
    • FORM AND SURVEY
  • PUBLICATIONS
    • BICHARA MALAYA
    • UMSU PRESS >
      • DISCUSSION SERIES
      • EVENTS AND PROGRAMMES
    • UMSU LAW PRESS STATEMENT >
      • Press Statements
  • WELFARE
    • KMUM PEDULI
    • LAPTOPKITA
    • FEEDBACK
    • COMPLAINT FORM
  • FACILITIES
    • UMSU MEETING ROOM
    • RUMAH SEWA KMUM
    • SENARAI RUMAH SEWA LUAR KAMPUS
  • STUDENT LIFE
    • AROUND UM
    • CLUBS AND SOCIETIES
    • RESIDENTIAL COLLEGE
    • STUDY LOANS AND SCHOLARSHIPS
  • UM LINKS
    • MyUM
    • SPECTRUM
    • MAYA UM
    • Siswamail
    • UM Website
    • UM Helpdesk
    • UM POINT
    • UM Library Web
    • E-PAY UM
  • OTHERS
  • ABOUT
    • ORGANISATIONAL STRUCTURE
    • HISTORY
    • PORTFOLIO
    • FACULTY REPRESENTATIVES
    • UMSU CONSTITUTION
    • REPORT CARD >
      • ANNUAL FINANCIAL REPORT
      • SOCIAL MEDIA POLICY
    • PROPOSAL ARCHIVE
    • Contact Us
  • NEWS
    • OFFICIAL STATEMENT
    • ANNOUNCEMENT
    • FORM AND SURVEY
  • PUBLICATIONS
    • BICHARA MALAYA
    • UMSU PRESS >
      • DISCUSSION SERIES
      • EVENTS AND PROGRAMMES
    • UMSU LAW PRESS STATEMENT >
      • Press Statements
  • WELFARE
    • KMUM PEDULI
    • LAPTOPKITA
    • FEEDBACK
    • COMPLAINT FORM
  • FACILITIES
    • UMSU MEETING ROOM
    • RUMAH SEWA KMUM
    • SENARAI RUMAH SEWA LUAR KAMPUS
  • STUDENT LIFE
    • AROUND UM
    • CLUBS AND SOCIETIES
    • RESIDENTIAL COLLEGE
    • STUDY LOANS AND SCHOLARSHIPS
  • UM LINKS
    • MyUM
    • SPECTRUM
    • MAYA UM
    • Siswamail
    • UM Website
    • UM Helpdesk
    • UM POINT
    • UM Library Web
    • E-PAY UM
  • OTHERS

PERTIKAIAN PENILAIAN

Masalah dalam penilaian pelajar ialah perkara biasa, lagi-lagi di hujung semester. Secara amnya, pertikaian penilaian berlaku apabila keputusan yang diberi dihujung semester tidak memuaskan atau munasabah. Walaupun isu ini perkara biasa, permohonan untuk merujuk balik keputusan tidaklah mudah dan ada beberapa perkara yang perlu diambil tahu supaya kitab oleh faham bagaimana pihak Universiti menilai pelajar-pelajar.
 Kaedah Penilaian Kursus
  • Kaedah penilaian sesuatu kursus bergantung kepada hasil pembelajaran dan kandungan kursus berkenaan. Nisbah pemberatan penilaian sesuatu kursus akan ditentukan oleh Fakulti dan diluluskan oleh Senat, contohnya 40% penilaian berterusan, 60% peperiksaan akhir atau 50% penilaian berterusan, 50% peperiksaan akhir. 
  • Kursus yang berbentuk praktikal atau projek seperti Latihan Industri, Projek Ilmiah atau Latihan Mengajar boleh dinilai 100% berdasarkan penilaian berterusan sepanjang tempoh latihan berkenaan.
  • Pelajar hendaklah dimaklumkan keputusan komponen penilaian berterusan bagi setiap kursus yang diikuti. Pemakluman hendaklah dibuat secepat yang mungkin selepas selesai penilaian komponen berkenaan tetapi tidak melewati minggu kelima belas bagi Semester Biasa dan minggu kuliah ketujuh bagi Semester Khas.
Skim Penggredan
  • Gred rasmi Universiti serta markah dan maksudnya adalah seperti berikut:
Picture
  • Gred lulus bagi semua kursus adalah gred C.
  • Selain daripada gred-gred seperti yang ditunjukkan di dalam subperaturan (a) di atas, gred-gred berikut boleh diberikan untuk sesuatu kursus: 
     i.
    Gred I, Pelajar tidak mengambil peperiksaan akhir atas alasan perubatan/ perikemanusiaan; dan/atau pelajar belum menyempurnakan sebahagian daripada keperluan kursus dalam sesuatu semester atas alasan perubatan/perikemanusiaan atau alasan di luar kawalan pelajar yang diterima oleh Jawatankuasa Pemeriksa berkenaan.   
    ii.
    Gred K, diberi bagi kursus yang diluluskan pemindahan kredit tanpa gred.
      iii. Gred K1, diberi bagi kursus yang diluluskan pengecualian kursus.
      iv. Gred P, diberi pada semester pertama pendaftaran bagi kursus progresif yang dijalankan dalam dua                     semester berturutan.
      v. Gred R, diberi bagi kursus yang diaudit yang memenuhi syarat minimum 80% keperluan kehadiran.
          Kredit tidak diberi untuk gred ini.

     vi. Gred UR, diberi bagi kursus yang diaudit yang tidak memenuhi syarat minimum 80% keperluan                            kehadiran. Kredit tidak diberi untuk gred ini.
   vii. Gred W, diberi bagi kursus di mana pelajar telah menarik diri secara rasmi dari satu (1) atau lebih kursus             dalam sesuatu semester.
  viii. Gred W1, diberi bagi semua kursus apabila pelajar telah menarik diri secara rasmi dari semester.
    ix. Gred W2, diberi bagi semua kursus apabila pelajar telah menarik diri secara rasmi dari Universiti.
Penentuan Prestasi Akademik Pelajar
  • Prestasi akademik pelajar bagi sesuatu semester ditentukan oleh PNG dan PNGK. PNG dikira dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperolehi dengan jumlah kredit yang diambil dalam sesuatu semester.
  • PNGK dikira dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperolehi dengan jumlah kredit bagi semua kursus yang telah diambil mulai semester pertama sehingga semester terkini.
  • Contoh Pengiraan PNG dan PNGK:
Picture
Picture
  • Pelajar hendaklah memperolehi PNG dan PNGK tidak kurang daripada 2.00 pada setiap semester sehingga tamat pengajiannya.
  • Mana-mana pelajar yang memperolehi PNG di bawah 2.00 dalam sesuatu semester akan diberi keputusan Pemerhatian bagi semester berkenaan dan diletakkan di dalam Tempoh Pemerhatian Akademik dalam semester berikutnya yang pelajar mendaftar. Tempoh ini akan terus kekal sehingga PNG pelajar tersebut mencapai 2.00. Dekan atau Timbalan Dekan Ijazah Dasar hendaklah memberi amaran kepada pelajar berkenaan, berhubung status pemerhatiannya.​
Anugerah Dekan
  • Pelajar yang mencapai PNG 3.70 dan ke atas bagi mana-mana semester dan memenuhi syarat-syarat berikut akan diberi Anugerah Dekan bagi semester berkenaan:
             i. menyempurnakan sekurang-kurangnya 15 kredit dalam semester berkenaan yang mengandungi                          minimum empat (4) kursus, tidak termasuk kursus yang kreditnya tidak diambil kira dalam pengiraan                   kredit kira;
            ii. memperolehi tidak kurang daripada gred C bagi semua kursus yang disempurnakan dalam semester                     berkenaan; dan
           iii. tidak pernah mengulang kursus yang gagal dan/atau mempertingkatkan gred kursus dalam semester                  berkenaan.
  • Pelajar yang memenuhi syarat-syarat di dalam subperaturan (a) di atas tetapi juga memperolehi gred I bagi mana-mana kursus dalam semester berkenaan hanya dipertimbangkan untuk diberi Anugerah Dekan selepas gred I berkenaan ditukar kepada gred sebenar yang dicapai oleh pelajar. Dalam keadaan ini, pelajar layak diberi Anugerah Dekan secara ke belakang pada semester berkenaan.
  • Walau apapun syarat yang ditetapkan di dalam subperaturan (a) di atas, pelajar dalam tempoh pelanjutan pengajian tidak akan dipertimbangkan untuk diberi Anugerah Dekan.
Gagal Keluar dan Ditamatkan Pengajian
         a) Pelajar boleh gagal keluar dan ditamatkan daripada program pengajiannya sekiranya:
  • sedang berada dalam Tempoh Pemerhatian Akademik dan selepas itu mendapat PNG 1.30 atau kurang untuk dua (2) semester berturut-turut;
  • memperoleh PNG kurang daripada 2.00 untuk empat (4) semester berturut-turut;
  • memperoleh gred F sebanyak tiga (3) kali bagi kursus yang sama;
  • memperoleh PNGK kurang daripada 1.00 untuk dua (2) semester berturut-turut; atau
  • gagal menyempurnakan keperluan program pengajiannya dalam tempoh maksimum yang ditetapkan.
        b) Apabila seseorang pelajar ditamatkan daripada program pengajiannya, notis penamatan hendaklah                      dihantar kepada pelajar oleh Pusat Pentadbiran dan Perkhidmatan Akademik.
        c) Mana-mana pelajar yang merayu dan diterima masuk semula akan ditamatkan pengajiannya sekiranya                memperoleh PNG kurang daripada 2.00 pada semester di mana pelajar tersebut diterima masuk
           semula. Pelajar tersebut juga masih tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang dinyatakan di dalam                    subperaturan (a) di atas.
​

Penebusan Gred Kursus

Tempoh permohonan penebusan gred C-akan dimaklum oleh pihak fakulti. Pelajar perlu peka dengan tempoh yang dimaklumkan kerana permohonan lewat tidak akan diterima. Sila daftar masuk dalam http://umsitsguide.um.edu.my/ dan ikut langkah-langkah tersebut:
        ​a) Tekan “Download”
Picture
       b) Bawah “examination” akan ada “Application for Redemption of Grade C-“, tekan pada simbol borang untuk                  muat turun borang
Picture
       c) Isi borang tersebut dan sertakan sekali salinan keputusan peperiksaan.
       d) Hantar dokumen tersebut di pejabat dekan (ada fakulti akan menyediakan google form untuk memudahkan               urusan penghantaran)

Permohonan Penilaian Semula Keputusan Peperiksaan

Tempoh permohonan penilaian semula keputusan peperiksaan akan dimaklum oleh pihak fakulti. Pelajar perlu peka dengan tempoh yang dimaklumkan kerana permohonan lewat tidak akan diterima. Sila daftar masuk dalam http://umsitsguide.um.edu.my/ dan ikut langkah-langkah tersebut:
     a) Tekan “Download”.
Picture
     b) Bawah “examination” akan ada “Appeal for Review of Official Examination Results “, tekan pada simbol borang            untuk muat turun borang.
Picture
      c) Buat pembayaran sebanyak RM25.00 bagi satu kursus:
  • di pejabat Bursary atau
  • melalui http://epay.um.edu.my/, daftar masuk dahulu, dibawah “LIST OF PAYMENT”, cari  “service” dan pilih “Service - Re-examination Paper”.
Picture
Picture
       d) Isi borang tersebut dan sertakan sekali salinan keputusan peperiksaan dan resit pembayaran.
       e) Hantar dokumen tersebut di pejabat dekan (ada fakulti akan menyediakan google form untuk memudahkan               urusan penghantaran).
Dikarang oleh: Muhammad Ammar bin Mohd Subhe
UMSU © Copyright 2020 All Rights Reserved
Proudly powered by Weebly