UNIVERSITY OF MALAYA STUDENTS' UNION | KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA
  • ABOUT
    • ORGANISATIONAL STRUCTURE
    • HISTORY
    • PORTFOLIO
    • FACULTY REPRESENTATIVES
    • UMSU CONSTITUTION
    • REPORT CARD >
      • ANNUAL FINANCIAL REPORT
      • SOCIAL MEDIA POLICY
    • PROPOSAL ARCHIVE
    • Contact Us
  • NEWS
    • OFFICIAL STATEMENT
    • ANNOUNCEMENT
    • FORM AND SURVEY
  • PUBLICATIONS
    • BICHARA MALAYA
    • UMSU PRESS >
      • DISCUSSION SERIES
      • EVENTS AND PROGRAMMES
    • UMSU LAW PRESS STATEMENT >
      • Press Statements
  • WELFARE
    • KMUM PEDULI
    • LAPTOPKITA
    • FEEDBACK
    • COMPLAINT FORM
  • FACILITIES
    • UMSU MEETING ROOM
    • RUMAH SEWA KMUM
    • SENARAI RUMAH SEWA LUAR KAMPUS
  • STUDENT LIFE
    • AROUND UM
    • CLUBS AND SOCIETIES
    • RESIDENTIAL COLLEGE
    • STUDY LOANS AND SCHOLARSHIPS
  • UM LINKS
    • MyUM
    • SPECTRUM
    • MAYA UM
    • Siswamail
    • UM Website
    • UM Helpdesk
    • UM POINT
    • UM Library Web
    • E-PAY UM
  • OTHERS
  • ABOUT
    • ORGANISATIONAL STRUCTURE
    • HISTORY
    • PORTFOLIO
    • FACULTY REPRESENTATIVES
    • UMSU CONSTITUTION
    • REPORT CARD >
      • ANNUAL FINANCIAL REPORT
      • SOCIAL MEDIA POLICY
    • PROPOSAL ARCHIVE
    • Contact Us
  • NEWS
    • OFFICIAL STATEMENT
    • ANNOUNCEMENT
    • FORM AND SURVEY
  • PUBLICATIONS
    • BICHARA MALAYA
    • UMSU PRESS >
      • DISCUSSION SERIES
      • EVENTS AND PROGRAMMES
    • UMSU LAW PRESS STATEMENT >
      • Press Statements
  • WELFARE
    • KMUM PEDULI
    • LAPTOPKITA
    • FEEDBACK
    • COMPLAINT FORM
  • FACILITIES
    • UMSU MEETING ROOM
    • RUMAH SEWA KMUM
    • SENARAI RUMAH SEWA LUAR KAMPUS
  • STUDENT LIFE
    • AROUND UM
    • CLUBS AND SOCIETIES
    • RESIDENTIAL COLLEGE
    • STUDY LOANS AND SCHOLARSHIPS
  • UM LINKS
    • MyUM
    • SPECTRUM
    • MAYA UM
    • Siswamail
    • UM Website
    • UM Helpdesk
    • UM POINT
    • UM Library Web
    • E-PAY UM
  • OTHERS

ADUAN TERHADAP PENSYARAH ATAU PEGAWAI PENTADBIRAN/STAF

Prosedur ini dihasilkan untuk membantu pihak Universiti menjalankan penyiasatan yang penuh dan adil terhadap semua aduan salahlaku yang diajukan kepada Unit Integriti. Aduan boleh dibuat oleh warga Universiti mahupun pihak luar. Prosedur ini dihasilkan bukan untuk ditujukan kepada aduan mengenai salahlaku yang khusus sahaja tetapi ianya boleh digunakan untuk menyiasat semua jenis dakwaan salahlaku dan pelanggaran etika yang merangkumi isu disiplin, bukan disiplin atau sebarang kesalahan jenayah yang termasuk dan tidak terhad kepada aktiviti akademik seperti pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan/atau salahlaku pentadbiran.

Prosedur Penerimaan dan Penyiasatan Salah laku Pensyarah atau Pegawai Pentadbiran/Staf

  • Unit Integriti (UI) dipertanggungjawabkan untuk menerima sebarang aduan salah laku yang diajukan oleh warga Universiti mahupun pihak luar, dan membuat siasatan awal ke atas aduan. UI mesti mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk memastikan semua maklumat dan bukti diperolehi.
  • Mana-mana pihak yang mempunyai sebab munasabah untuk percaya bahawa:
  1. terdapat pelanggaran etika yang berhubung dengan salah laku atau suatu Kelakuan Tidak Wajar telah dilakukan oleh staf atau pelajar Universiti; atau
  2. terdapat pelanggaran etika yang berhubung dengan salah laku atau suatu Kelakuan Tidak Wajar berkaitan dengan UM telah berlaku,
  3. boleh membuat aduan bertulis secara rasmi ke Unit Integriti UM, dengan mengisi Borang Aduan yang ditetapkan di bawah, atau secara emel ke emel rasmi Unit Integriti (integrity@um.edu.my) dan mengemukakan maklumat serta bukti sebanyak mungkin untuk memastikan perkara itu boleh disiasat dengan baik dan adil.
  • Jika salah laku terjadi selepas waktu pejabat dan/atau semasa hujung minggu dan/atau pada cuti kelepasan am, pemberi maklumat/pengadu mesti mengemukakan aduan secara rasmi kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan mengemukakan aduan yang sama secara rasmi kepada Unit Integriti secepat mungkin selepas itu.
  • Unit Integriti akan mengeluarkan akuan penerimaan aduan dan memaklumkan kepada pemberi maklumat/pengadu mengenai prosedur yang terlibat serta mengambil langkah-langkah tertentu untuk menjalankan siasatan awal untuk mengesahkan sama ada aduan yang dikemukakan mempunyai asas atau tidak untuk siasatan lanjut (dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh aduan dikemukakan).

Kategori Salah Laku

Salah Laku bukan Akademik:
  1. Menyebabkan munasabah terhadap seseorang (fizikal, mental, dll)
  2. Mengancam atau menyerang, mengganggu, menakut-nakutkan, mengintai, menganiaya, memburukkan atau membuli orang lain
  3. Melakukan gangguan seksual (LINK TO SEXUAL HARASSMENT PAGE)
  4. Melanggar undang-undang atau statut university
  5. Mengganggu keharmonian university

Terhadap siapakah aduan ini boleh dibuat?

  1. Aduan yang melibatkan staf Kumpulan Pelaksana (Gred 1 – 40)
  2. Aduan yang melibatkan staf Kumpulan Pengurusan & Profesional (Gred 41 dan ke atas) (Bukan Akademik)
  3. Aduan yang melibatkan staf Akademik (Gred 45 - 54)
  4. Aduan yang melibatkan staf Akademik (Gred JUSA dan ke atas)
  5. Aduan yang melibatkan Jawatankuasa Pengurusan Universiti
  6. Aduan yang melibatkan pelajar

Apakah yang anda boleh lakukan jika terdapat salah laku

a. Jika anda merasai bahawa terdapat salah laku, janganlah sesekali melarikan diri daripada insiden tersebut. Pelajar biasanya memilih untuk berdiam diri kerana khuatir akan pembalasan dendam daripada pihak yang bersalah. Masalah ini akan terus berleluasa jika tindakan tidak diambil secepat mungkin.
​
b. 
Berhadapan dengan si pesalah. Pelajar haruslah memberitahu si pesalah untuk segera berhenti segala kelakuan yang tidak beretika. Pelajar haruslah memberitahu secara jelas dan spesifik tentang kelakuan yang tidak beretika itu.

c. Dapatkan sokongan dan berkongsi pengalaman ini kepada rakan terdekat ataupun sesiapa yang anda percaya supaya anda tidak melalui pengalaman ini berseorangan.

d. Ambil kira tarikh, masa, lokasi, identiti dan tingkah laku si pesalah apabila beliau melakukan salah laku tersebut.

Cara untuk membuat laporan tentang salah laku

Borang Aduan KMUM

  • Ini merupakan borang aduan yang umum dimana ia akan dikemukakan kepada Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya
  • KMUM akan membantu si mangsa dalam masa yang terdekat. Segala informasi tentang insiden gangguan seksual tersebut akan dikendalikan secara sulit

Unit Integriti UM

  • Para pelajar, dan juga orang awam boleh membuat aduan terhadap kes-kes pelanggaran integriti, salah laku, perbuatan tidak sah dan tingkah laku tidak beretika kepada Unit Integriti UM.
  • ​Aduan boleh dibuat melalui:​
MELALUI EMEL
integrity@um.edu.my
MELALUI TELEFON
+603-7967 3400/ +603-7967 7853/ +603-7967 7934/ +603-7967 7910
MELALUI fax
+603-7955 2975
MELALUI SURAT 
Integrity Unit, Office of the Vice-Chancellor,
Level 9, Chancellery Building,
Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur,
Malaysia.
'Walk-in'
Pengadu boleh membuat temu janji bersama unit integriti melalui nombor-nombor ini:
+603-7967 3400/ +603-7967 7853/ +603-7967 7934/ +603-7967 7910
MELALUI BORANG ADUAN SECARA ATAS TALIAN
  • Borang Aduan Unit Integriti
  • atau Imbas QR Code ini
Picture

Saluran dalaman yang lain

Pelajar boleh memperoleh bantuan dan informasi tentang salah laku melalui saluran di bawah:

Akademi/ Institusi/ Fakulti

​CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE UNIVERSITI MALAYA 
Pejabat Pengarah 
Tel: +603-7967 5800/ 5821/ 5849
Fax: +603-7957 6478
E-mel: pasum@um.edu.my
UNIVERSITI MALAYA CENTRE FOR CONTINUING EDUCATION (UMCCED) 
Pejabat Pengarah ​
Tel: +603-2246 3633
Fax: +603-2246 3621
E-mel: umcced@um.edu.my
​Centre for Sport and Exercise Sciences
Pejabat Pengarah 
Tel: +603-7967 3210
Fax: +603-7956 9590
E-mel: psse@um.edu.my
​FACULTY OF ARTS AND SOCIAL SCIENCES
Pejabat Dekan 
Tel: +603-7967 5500
Fax: +603-7967 5707
E-mel: sastera@um.edu.my
Faculty of Business and Accountancy
Pejabat Dekan ​
Tel: +603-7967 3800
Fax: +603-7967 3980
E-mel: dekan_fpp@um.edu.my
​FACULTY OF COMPUTER SCIENCE AND INFORMATION TECHNOLOGY 
Pejabat Dekan ​
Tel: +603-7967 6300
Fax: +603-7957 9249
E-mel: dekan_fsktm@um.edu.my
​FACULTY OF DENTISTRY 
Pejabat Dekan ​
Tel: +603 -7967 4800
Fax: +603 -7967 4809
E-mel: dekan_dental@um.edu.my
​FACULTY OF ECONOMICS AND ADMINISTRATION
Pejabat Dekan​
Tel: +603-7967 3600
Fax: +603-7956 7252
E-mel: fea@um.edu.my
FACULTY OF EDUCATION 
Pejabat Dekan 
Tel: +603-7967 5000 / 5133
Fax: +603-7956 5506
E-mel: dekan_pendidikan@um.edu.my
Faculty of Engineering
Pejabat Dekan
​Tel: +603-7967 5200 / 5201 / 5202
Fax: +603-7955 5781
E-mel: engine@um.edu.my
FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS 
Pejabat Dekan ​
Tel: +603-7967 3177
Fax: +603-7957 9707
E-mel: dekan_fbl@um.edu.my
FACULTY OF LAW 
Pejabat Dekan 
Tel: +603-7967 6500/ 6501
Fax: +603-7957 3239
E-mel: law@um.edu.my
Faculty of Medicine
Pejabat Dekan
Tel: +603-7949 2050
Fax: +603-7954 0533
E-mel: fomadmin@um.edu.my
FACULTY OF SCIENCE 
Pejabat Dekan 
Tel: +603 - 7967 4200
Fax: +603- 7956 6343
E-mel: science@um.edu.my
FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT 
Pejabat Dekan ​
Tel: +603-7967 5395
Fax: +603-7967 5713
E-mel: fab@um.edu.my
Faculty of Creative Arts
Pejabat Dekan 
Tel: +603-7967 3454
Fax: +603-7967 3576
E-mel: creativearts@um.edu.my
Academy of Islamic Studies
Pejabat Pengarah 
Tel: +603-7967 6000
Fax: +603-7956 0705
E-mel: aka_islam@um.edu.my
Academy of Malay Studies
Pejabat Pengarah 
Tel: +603-7967 7200
Fax: +603-7967 7214
E-mel: apm@um.edu.my
Institute for Advanced Studies
Pejabat Dekan 
Tel: +603-7967 4600
Fax: +603-7956 8940
E-mel: dekan_ias@um.edu.my
Institute of Management and Research Services 
Pejabat Pengarah 
Tel: +603-7967 4643
Fax: +603-7967 4699
E-mel: pen_ippp@um.edu.my
International Institute of Public Policy and Management​
Pejabat Pengarah 
Tel: +603 – 7967 7972
Fax: +603 – 7967 7971
E-mel: inpuma@um.edu.my
Asia-Europe Institute
Pejabat Pengarah Eksekutif
Tel: +603-7967 4645
Fax: +603- 7954 0799
E-mel: pengarah_aei@um.edu.my

Pentadbiran

NAIB CANSELOR
Pejabat Naib Canselor
Aras 9, Canseleri
Tel: +603-7956 8400/ +603-7697 3213 / 3510
Fax: +603-7954 7551
E-mel: pej_nc@um.edu.my / vc@um.edu.my

AcademiK & ANTARABANGSA
Pejabat Timbalan Naib Canselor
Aras 9, Canseleri
Tel: +603-7967 3203 / 3256
Fax: +603-7957 2314
E-mel: tnc_aka@um.edu.my

penyelidikan & inovasi
Pejabat Timbalan Naib Canselor
Aras 8, Canseleri
Tel: +603-7967 3202 / 3226 / 3435 / 3396
Fax: +603-7957 5451
E-mel: tnc_pi@um.edu.my
HAL EHWAL PELAJAR
Pejabat Timbalan Naib Canselor
Aras 2, Blok E
Kompleks Perdanasiswa
Tel: +603-7967 3201 /+603-7956 7344
Fax: +603-7956 8611
E-mel: tnc_hep@um.edu.my
PEMBANGUNAN
Pejabat Timbalan Naib Canselor
Aras 1, Canseleri
Tel: +603-7967 7700
Fax: +603-7967 7733
E-mel: tnc_p@um.edu.my
PENDAFTAR
Jabatan Pendaftar
Aras 7, Canseleri
Tel: +603-7967 3204 / +603-7956 7561
Fax: +603-7956 4004
E-mel: registrar@um.edu.my
pengawal kewangan/ bendahari
Jabatan Bendahari
Aras 3, Canseleri
Tel : +603-7967 3205
Fax : +603-7956 8905
E-mel: bendahari@um.edu.my
KETUA PUSTAKAWAN
Pejabat Ketua Pustakawan
Perpustakaan Utama Universiti Malaya
Tel : +603-7967 3206 / 7956 3367
Fax : +603-7957 3661
E-mel: ketua_pustakawan@um.edu.my
UNIT PERUNDANGAN
Aras 7, Canseleri
Tel: +603-7967 3330 / 3237
Fax: +603-7967 3233
E-mel: legal@um.edu.my
Pusat Hubungan Alumni & Kemajuan Institusi (CARIA)
Aras 8, Canseleri
Tel: +603 7967 7903
Fax: +603 7967 4412
E-mel: caria@um.edu.my
Unit ​INTEGRITi Universiti Malaya
Aras 9, Canseleri
Tel: +603-7967 3400/ 7854/ 7934/ 7910
Fax: +603-7955 2975
E-mel: integrity@um.edu.my

Kolej Kediaman

kolej kediaman pertama 
(Tuanku Abdul Rahman)
Tel: +603- 7956 7898 / 7967 3415
Fax: +603- 7956 6117
KOLEJ KEDIAMAN kedua
(Tuanku Bahiyah)
Tel: +603- 7967 3416
Fax: +603-7957 1608
KOLEJ KEDIAMAN ketiga
(Tunku Kurshiah)
Tel: +603-7956 8821 / 7967 3417
Fax: +603-7957 9496
KOLEJ KEDIAMAN keempat
(Bestari)
Tel: +603-7967 3418
Fax: +603-7957 7269
KOLEJ KEDIAMAN kelima
(Dayasari)
Tel: +603-7956 7948 / 7967 3419
Fax: +603-7956 0121
kolej kediaman keenam 
(Ibnu Sina)
Tel: +603-7967 4977
Fax: +603-7956 7306
kolej kediaman ketujuh
(Za’ba)
Tel: +603-7967 3420 / 7956 7946
Fax: +603-7956 3432
KOLEJ KEDIAMAN kelapan
(Kinabalu)
Tel: +603-7967 3216 / 7955 8643
Fax: +603-7955 8662
kolej kediaman kesembilan
(Tun Syed Zahiruddin)
Tel: +603-7957 3336 / 7955 1116
Fax: +603- 7957 3749
kolej kediaman kesepuluh
(Tun Ahmad Zaidi)
Tel: +603-7967 3385
Fax: +603-7625 0513
KOLEJ KEDIAMAN kesebelas
(Ungku Aziz)
Tel: +603-7967 4629
Fax: +603-7625 7334
kolej kediaman kedua belas
(Raja Dr. Nazrin Shah)
Tel: +603- 7960 7371
Fax: +603- 7960 3237
rumah antarabangsa
Seksyen 17, Petaling Jaya
Fax: +603-7967 7710 (ISC fax)
E-mel: int.house@um.edu.my
rumah universiti (Um guests house)
Universiti Malaya
E-mel: seleraku@um.edu.my

Polisi pemberi maklumat Universiti Malaya


  1. “Pemberi Maklumat” ertinya mana-mana pihak yang membuat pendedahan atau memberikan maklumat mengenai salah laku atau Kelakuan Tidak Wajar kepada UM;
  2. “Kelakuan Tidak Wajar” ertinya apa-apa kelakuan yang jika terbukti, boleh menjadi suatu kesalahan tatatertib atau kesalahan jenayah, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyelewangan kuasa, perbuatan bertentangan undang-undang, ketidakadilan, perbuatan melanggar prosedur, perbuatan tidak beretika, konflik kepentingan, perbuatan menyembunyikan atau menipu atau cubaan untuk menyembunyikan atau menipu sesuatu fakta/maklumat;
  3. “maklumat sulit” termasuklah:
  • Maklumat tentang identiti, pekerjaan, alamat kediaman, alamat kerja atau tempat beradanya seseorang Pemberi Maklumat atau orang yang diadukan;
  • Maklumat yang didedahkan oleh seseorang Pemberi Maklumat; dan
  • Maklumat yang, jika didedahkan, boleh menyebabkan kemudaratan kepada mana-mana orang.​

Prosedur pemberian/ pendedahan maklumat

Mana-mana pihak yang mempunyai sebab munasabah untuk percaya bahawa:
  1. terdapat pelanggaran etika yang berhubung dengan salah laku atau suatu Kelakuan Tidak Wajar telah dilakukan oleh staf atau pelajar Universiti; atau
  2. terdapat pelanggaran etika yang berhubung dengan salah laku atau suatu Kelakuan Tidak Wajar berkaitan dengan UM telah berlaku,


boleh membuat aduan bertulis secara rasmi melalui medium berikut:
VIA E-MAIL
 integrity@um.edu.my
VIA TELEPHONE
+603-7967 3400/ +603-7967 7853/ +603-7967 7934/ +603-7967 7910
melalui FAX
+603-7955 2975
melalui surat
Integrity Unit, Office of the Vice-Chancellor,
​Level 9, Chancellery Building,
Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur,
​Malaysia.
'WALK IN'
Pengadu boleh membuat temu janji bersama unit integriti melalui nombor-nombor ini:
+603-7967 3400/ +603-7967 7853/ +603-7967 7934/ +603-7967 7910
melalui borang aduan secara atas talian
General Complaint Form

Perlindungan terhadap pemberian pendedahan maklumat

Pemberi Maklumat dan maklumat sulit Pemberi Maklumat akan dirahsiakan dan akan diberi perlindungan seperti berikut:
  1. Mana-mana pihak yang menerima atau memperolehi pendedahan maklumat sulit itu, dalam perjalanan penyiasatannya terhadap pendedahan itu tidak boleh mendedahkan maklumat sulit itu, atau mana-mana bahagiannya kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan dengan penyiasatan tersebut; dan
  2. Pemberi Maklumat (tertakluk kepada Pemberi Maklumat tersebut adalah staf atau pelajar UM sahaja) akan dilindungi daripada sebarang tindak balas, diskriminasi atau mana-mana tindakan yang boleh memudaratkan seperti tetapi tidak terhad kepada dibuang kerja, ditamatkan perkhidmatan atau penangguhan kenaikan pangkat, disenarai hitam, dinafikan hak kerja lebih masa, tindakan disiplin, kegagalan mengambil semula untuk bekerja dan pemberian tugas yang memberi kesan kepada prospek kenaikan pangkat dan/atau pengurangan gaji dan/atau penilaian prestasi.

Perkara lain

portal.um.edu.my/doc//Polisi%20Pemberi%20Maklumat%20Universiti%20Malaya%20(Whistlerblowers%20Policy).pdfAnda juga boleh melihat POLISI PEMBERI MAKLUMAT UNIVERSITI MALAYA untuk informasi selanjutnya.
Dikarang oleh: Farhan Hadeed bin Johan Shamsuddin
UMSU © Copyright 2020 All Rights Reserved
Proudly powered by Weebly