Hari Kebangsaan negara kita disambut di seluruh negara pada 31 Ogos setiap tahun sebagai tanda kebebasan negara daripada penjajahan sejak tahun 1782 hingga tahun 1957. Hari Kebangsaan ini adalah peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan berwarna-warni berdasarkan warna bendera ‘Jalur Gemilang’ kita, kibarkan bendera dan sebagainya.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jiwa patriotik perlu bangga dan menyambut hari ini walaupun tidak dapat hadir ke Dataran Merdeka. Seperti yang kita semua tahu, dalam era pandemik ini kita tidak dapat menyambut Hari Kebangsaan secara besar-besaran tetapi rakyat boleh menyambut dengan adanya semangat patriotik. Pandemik bukan satu halangan untuk menyambut Hari Kebangsaan pada tanggal 31 Ogos. Kita sebagai seorang rakyat Malaysia boleh mengibarkan bendera Jalur Gemilang sebagai tanda penghormatan dan semangat patriotik. Dalam era pandemik ini, kita boleh melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti. ‘Tiktok’ merupakan salah satu platform media sosial untuk menunjukkan bakat rakyat kepada dunia ini. Terdapat pelbagai pertandingan yang diadakan dalam media sosial sebagai tanda penghargaan. Rakyat juga meluangkan masa untuk melibatkan diri dalam pertandingan ini dengan penuh semangat patriotik. Rakyat yang terlibat perlu menunjukkan kreativiti mereka bagi lagu ‘Saya Anak Malaysia’. Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak mereka untuk melibatkan diri dalam pertandingan seperti ini. Selain daripada pertandingan, rakyat juga turut menunjukkan semangat patriotik mereka dengan membuat video dan berkongsi di media sosial terutamanya Tiktok, Instagram dan Facebook. Perkongsian video yang bertemakan Hari Kebangsaan menunjukkan bahawa rakyat mempunyai semangat patriotik. Contohnya, mengibarkan bendera di depan rumah, melukis logo, membuat kek bertemakan Hari Kebangsaan dan sebagainya. Oleh yang demikian, kita dapat memahami bahawa pandemik bukan satu halangan untuk menyambut Hari Kebangsaan. Kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat patriotik boleh menunjukkan semangat patriotik di mana-mana sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Kita sambut bersama, bangga bersama dan hidup bersama. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Susunan Rujukan: https://linkmix.co/6092670 Pengarangan oleh Ghevenasree A/P Ravichandran Sekretariat Kerohanian, Kebudayaan dan Kepelbagaian 2021/2022 👉 Rujuk @umsupress untuk maklumat lanjut. 👉 Follow @umsupress untuk mengetahui berita terkini dan aktiviti pelajar! #umsu #kmum #umsupress #universitimalaya #malaysia
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
March 2023
Categories |