Inilah detik-detik penting untuk kita membincangkan aktivisme siswa dan autonomi kampus, memandangkan kita telah mengalami gangguan penutupan kampus akibat penularan wabak Covid-19 ini selepas perampasan kuasa oleh PN hampir setahun lalu. Daya gerak dan organisasi yang merupakan nadi hidup aktivisme Siswa terpengaruh dan terbelenggu daripada penutupan kampus yang berterusan ini.
Perihal membincangkan ideal aktivisme siswa ini seumpana menggapai mimpi maya dalam dunia fana. Akan tetapi, secara asasnya, aktivisme siswa mestilah dipimpin oleh siswa sendiri untuk menuntut autonomi kampus, kebebasan akedemik. Dan selanjutnya, siswa terus bergiat dalam politik ataupun gerakan yang berkaitan dengan politik. Apa yang saya ingin tekankan di sini, bukan pengalaman saya dalam kerahan massa (sesungguhnya, kerahan massa ini sukar dielakkan dalam usaha mendirikan kesedaran), tetapi hasil usaha tuntutan siswa sepanjang penyertaan saya. Barangkali, kita pernah begitu dekat sekali untuk menyaksikan buah hasil perubahan ini. Tiga hari sebelum perampasan kuasa PN, saya berkesempatan menghadiri mesyuarat pelaporan rangka-kerja Akta Pendidikan Tinggi Baharu oleh Kementerian Pengajian Tinggi bersamaan dengan rakan seperjuangan saya. Pada masa itu, kami belum berkesempatan menelitikan usul pindaan akta tersebut, tetapi unit kementerian yang bertanggungjawab merangkakan pemindaan ini berusaha untuk menghuraikan sejelas mungkin tentang dasar dan halatuju pemindaan ini. Menurut penerangan pada masa itu, satu badan jawatankuasa yang berfungsi sebagai orang tengah antara pihak kementerian dan kampus-kampus akan ditubuhkan. Badan jawatankuasa yang dicanangkan ini akan dianggotai oleh pegawai kementerian, ahli akademik atau orang awam dari jurusan profesional tertentu. Jawatankuasa ini berfungsi untuk memberi nasihat kepada Menteri Pengajian Tinggi dalam penentuan dasar pengajian tinggi yang merangkupi aspek pembangunan kajian akademik, belanjawan peruntukan untuk kampus-kampus, pemilihan ahli pentadbiran universiti. Selain itu, terdapat ahli sarjana dari unit tersebut mendakwa bahawa pemindaan ini juga bertujuan menjaminkan kebebasan akademik dengan warta undang-undang. Yang penting sekali, ini termasuk kebebasan siswa menubuhkan kesatuan mahasiswa di kampus masing-masing. Dengan berlakunya insiden tiga hari selepas itu, saya khuatir usaha Kementerian ini akan terkandas, berlanjutan daripada rombakan kuasa pemerintahan ini. Walaupun Menteri Pengajian Tinggi kini bersetuju untuk mengekalkan jawatankuasa pemansuhan AUKU yang bermula operasi sejak pentadbiran PH, tetapi jawatankuasa telah ditukar namanya kepada jawatankuasa “Penambahbaikan AUKU”. Rakan-rakan dari barisan seperjuangan aktivisme siswa pernah membincangkan hal ini, persoalannya samada kami harus tetap dengan pendirian memansuhkan AUKU, atau kita terpaksa bersetuju dengan pindaan AUKU yang dicadangkan? Selain daripada bertentang pendapat sekeras-kerasnya dengan kerajaan kini, tidak kurang juga dari kalangan kami cenderung untuk akur dengan menerima apa yang sedia ada. Dalil yang mereka berikan berbunyi, apakah buruknya jika kebebasan akademik dan autonomi kampus masih termaktub selepas pindaan? Pada pandangan saya, pendirian ini begitu naif sekali, namun saya tetap menggalakkan supaya kita bertindak demi tujuan yang serupa, walaupun pendekatan sesama kita berbeza. Sudah hampir setahun selepas perampasan kuasa, namun apa yang diperhatikan hanyalah pertaruhan politik yang tak terhenti-henti, kedudukan politik diutamakan daripada kebajikan dan kebebasan rakyat, serta harapan reformasi kampus yang kian pudar. Apakah puncanya? Bukankah Menteri Dr. Noraini Ahmad berjanji untuk menambahbaikkan AUKU? Dalam sidang parlimen dua musim yang lalu, adakah kita menyaksikan usaha beliau membentangkan pindaan akta AUKU? Adakah beliau masih berpegang pada janjinya? Sekurang-kurangnya, bekas menteri Dr. Mazlee Malik pernah membentangkan pindaan AUKU, ynang membenarkan penyertaan mahasiswa dalam sebarang parti politik. Rakan-rakan seperjuanganku sekalian, biarlah saya berterus-terang di sini: 1. Tidak akan kerajaan PN memansuhkan AUKU 2. Tidak akan kerajaan PN memulihkan autonomi kampus dan kebebasan akademik. 3. Usaha menuntut kedudukan rasmi kesatuan mahasiswa dikhuatiri mungkin terkandas Tepuk dada tanya selera, bagi pihak pemerintah yang kurang stabil, sanggupkah mereka melepaskan universiti dari kongkongan, dan membiarkan kebebasan pengajian di kampus berkesempatan untuk membidas balik sendiri? Sanggupkah mereka menyaksikan generasi siswa muda yang lazimnya proaktif bertambah kuat lantang sampai menggugat kepentingan sendiri? Untuk kalangan yang masih mempunyai keyakinan terhadap tampuk pemerintah PN, saya masih menghormati “kepercayaan” dan pegangan kalian. Akan tetapi, apabila segala harapan terpunah suatu hari nanti, saya masih berharap kalian masih sanggup teruskan perjuangan menuntut autonomi kampus. Walaupun artikel ini bertajukkan “perkembangan terkini aktivisme siswa”, padahal ini lebih menekankan kritis terhadap aktivisme siswa. “Mengapakah harus dikritik, jika kita belum pernah pun mempunyai aktivisme siswa?”, barangkali ini pertanyaan daripada pihak tertentu. Terlebih dahulu, saya ingin menyatakan kepastian saya atas pertanyaan yang berani ini. Jika menurut kriteria “aktivisme siswa semestinya membawa arus pembaharuan masyarakat”, maka ternyatalah aktivisme kita belum lagi berkembang, yang ada hanyalah penubuhan kumpulan-kumpulan gerakan siswa sahaja. Meskipun adanya penyertaan UMANY (Pemuda Baru UM), bukan bermaksud kita telah memasuki era baru, ataupun daya pemikiran dan pengetahuan kita sudah memadai untuk dianggap sebagai Pemuda Baru. Kita belum sampai tahap itu, malah gerakan Pemuda Baru kami masih kurang hangat sambutannya. Dengan mengkritis aktivisme siswa, ini adalah usaha untuk menjelaskan kenyataan saya “Mengapakah kita tidak mempunyai aktivisme pelajar yang sebenarnya?” Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsikan buah fikiran kritis diri atas aktivisme siswa sepanjang penyertaan giat saya dalam gerakan siswa ini. Pada mulanya, saya bertanggapan bahawa rakan seperjuanan yang berjaya menganggotai MPP mampu melaksanakan misi-misi perubahan dari dalaman institusi itu, tetapi akhirnya terjinak oleh pengaruh amalan birokrasi. Manakala, bagi pihak yang tidak ingin menyertai institusi, lazimnya mereka hanya menitikberatkan isu-isu kebajikan tempatan, misalnya membantu kesusahan golongan miskin, atau memberikan pendidikan kewarganegaraan untuk kalangan belia. Walaupun inisiatif ini pada asasnya murni, tetapi apabila kita sudah biasa dengan sekadar isu-isu ini, daya gerakan kita terhad dan masyarakat kian lali sampai tak terdengar suara sahutan kami. Meskipun betapa banyak usaha membaiki taraf kebajikan siswa dilaksanaka, tidak kiralah berapa bungkus nasi telah diagihkan, tidak kira berapa banyak tiket bas dan penerbangan sudah ditajakan; sekiranya semua usaha ini tidak menuju kepada pembaharuan institusi, dan kita mudah berpuas hati dengan apa yang telah dibuat, maka tidak akan kita tersedia untuk menghadapi natijah pertaruhan politik yang mempengaruhi pentadbiran universiti. Daripada mementingkan taraf kehidupan siswa, baik kita mementingkan kebaikan untuk universiti dengan memulihkan kebebasan akademik, kebebasan berpolitik dalam kampus dan memulihkan autonomi kampus yang mengizinkan belanjawan yang mampu menangani masalah kebajikan siswa secara sistematik. Kini, kita mudah berpuas hati dengan usaha “penambahbaikan kebajikan”, berpuas hati dengan halo “Perwakilan Pelajar”, sampai satu tahap di mana kita lebih pandai menguruskan imej PR, lebih pandai berdalih dengan amalan birokrasi, sampai terlupa akan misi pemulihan autonomi kampus. Maka, sampai penghujung zaman kita nanti, pengganti kita masih terpaksa mewarisi semua masalah yang kita gagal tangani. Aktivisme siswa pada masa kini barangkali hanya mampu mempunyai satu tujuan, iaitu perlulah kita menetapkan pendirian dan membina semangat kental gerakan siswa di bawah ketidaktentuan semasa pertarungan politik negara yang kian memburuk ini. Kita harusnya merendah diri untuk menjadi “batu loncatan” bagi generasi siswa akan datang supaya perjuangan memulihkan autonomi kampus dapat diteruskan. Izinkan saya terus menghuraikan pandangan saya atas cara-cara pelaksanaan dalam artikel akan datang. 「あの日々は消えても まだ梦は消えない」*”Walaupun hari sudah kelmarin, namun mimpi belum terlupa”, Ini mungkin harapan saya terhadap masa depan aktivisme siswa. Saya bersyukur rakan seperjuanganku masih cekal menghadapi cabaran dalam penularan wabak yang mencengkamkan kebebasan kita. Izinkan saya membawa nyanyian ini kepada kalian semua——「忘れないものも ここにあるよと」(Segala yang tak mampu dilupakan masih berada di sini). *Lirik bahasa Jepun dipetik daripada lagu berjudul “Lagu Pengembara” dari nyanyian Miyuki Nakajima Pengarangan oleh: Liew Liang Hong Terjemahan oleh: Lim Seng Keat
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
March 2023
Categories |